Pengalaman Berbuka Tanpa Keluarga
Monday, August 1, 2011 | 5:47 AM | 0 comments
1st day berbuka, kali ini tanpa keluarga disisi ku. Yang menemani ku hanyalah lappy ASUS ini, roomate ku, LU, awal2 lagi sudah berangkat ke rumah pakcik nya di SEMABOK, nasib baik lah level mate ku BELLA sudi bersama ku berbuka puasa.


Pada pukul 7.15, aku menjerang air dan menyediakan persiapan untuk berbuka puasa, dengan segala kelengkapan ku, aku melangkah ke bilik BELLA untuk berbuka bersamanya. Tepat pada pkul 7.25, kedengaran azan Maghrib berkumandang  dari masjid UiTM, sepantas kilat aku memandang BELLA, lalu kami pun membaca doa buka puasa dan doa makan


Inilah juadah berbuka aku dan BELLA, semangkuk maggi tomyam dengan serunding, bubur nasi instant, air pula milo dan vico.


Beginilah kalau hidup jauh dari keluarga, rindunya diriku pada family tika saat ini. Kalau berbuka dengan family mesti dapat makan makanan yang lazat-lazat terutama sekali masakan emak ku, pasti terdapat kuihmuih yang dapat di jamu sekali.

"emak, ira rindu kat mak, ira nak buka puasa dengan mak"

Ingin sahaja aku menjerit dan pulang ke pangkuan emak, tapi apekan daya, masalah kewangan yag dihadapi ku memang penghalang bagi ku pulang ke rumah, kalau tidak sudah lama aku pulang dan meraikan hari pertama berpuasa di rumah ku. Terpaksalah aku menunggu cuti pada raya yang akan datang nanti fikirku.


Pengalaman kali ini benar-benar mengajarku berdikari. Nasib baik hari ini cuti, tak tahulah bagaimana esok, hari dimana terdapat kelas dan aktiviti KOKO. Terpaksalah aku belajar bersabar dalam menunaikan ibadah puasa nih. 


Korang-korang jangan tak puasa pulak ye. :)


XOXO<3





Labels:


Older Post | Newer Post

Hello, Readers! Welcome To My AWESOME Blog. Leave Your BigFoot Here. And Enjoy The Song! ;D

+FOLLOW | DASHBOARD

Entries
About
Links
Goodies