SUKARELAWAN AKUSTIK GAMATKAN SUASANA PASAR
Monday, July 11, 2011 | 11:47 PM | 0 comments

SUKARELAWAN AKUSTIK GAMATKAN SUASANA PASAR


MELAKA, ALOR GAJAH-11 Julai 2011, sekumpulan penuntut telah mengadakan persembahan busking secara sukarela di hadapan khalayak ramai di tapak pasar malam sebagai persiapan untuk program Lendu Acoustic Night yang bakal berlangsung di Dataran Keris UiTM Lendu, Melaka pada malam Selasa esok.


Lendu Acoustic Night adalah program yang dianjurkan oleh penuntut semester akhir Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Lendu Cawangan Melaka yang juga mengendalikan program “Touch 2011”, yang bakal diadakan sejajar dengan program MEGA CHARITY.

Persembahan busking ini adalah salah satu daripada usaha untuk menjayakan program Lendu Acoustic Night yang merupakan suatu permulaan kepada program MEGA CHARITY yang bakal direalisasikan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Hj.Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku, Ketua Menteri Melaka pada 10-11hb September 2011 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka.

Matlamat utama program Lendu Acoustic Night adalah untuk mengutip derma daripada penuntut UiTM Melaka, kutipan derma berkenaan akan disalurkan kepada pelbagai agensi amal seperti Yayasan Al- Bukhary, MAKNA dan sebagainya, kata ketua projek Lendu Acoustic night, Izat Izwan Idzian, program ini telah dianjurkan tanpa mengeluarkan sebarang kos,

Sebanyak 500 helai risalah telah diedarkan semasa persembahan busking untuk menarik minat orang ramai supaya hadir ke Lendu Acoustic Night, bagi memeriahkan lagi suasana, peserta-peserta Lendu Acoustic Night telah mempersembahkan beberapa buah lagu di laluan pasar malam tersebut.


Selain itu, persembahan busking ini juga diadakan untuk membiasakan para peserta melakukan persembahan di hadapan orang ramai sebelum majlis Lendu Acoustic Night berlangsung esok, persembahan busking ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk berlatih.

Persembahan busking yang berlangsung selama tiga jam ini benar-benar menguji kru-kru Touch kerana tidak ramai yang memberikan perhatian sepenuhnya kepada persembahan mereka, namun terdapat juga segelintir orang ramai yang berhenti dan memberikan sokongan kepada mereka.

Lebih menarik lagi, kru-kru Touch telah merakamkan sebuah montaj yang menjelaskan tentang tujuan program yang dikendalikan ini, selain itu, aksi-aksi para peserta Lendu Acoustic Night juga turut dirakam untuk ditayangkan semasa majlis yang ditunggu-tunggu ini berlangsung esok.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kru-kru bagi menjayakan program Lendu Acoustic Night diantaranya adalah dengan mengadakan persembahan busking di sebelah petang dan latihan pada sebelah malam, walaupun hujan turun dengan lebat semasa latihan, kru-kru dan para peserta tetap meneruskan latihan.

Melalui persembahan busking ini, orang ramai diharap dapat hadir ke majlis Lendu Acoustic Night malam esok bagi bersama-sama memeriahkan suasana disamping menjayakan projek amal yang dianjurkan oleh penuntut semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ini.

Salah seorang peserta “Lendu Acoustic Night” sewaktu persembahan busking,  Maisarah Nasir.

Labels:


Older Post | Newer Post

Hello, Readers! Welcome To My AWESOME Blog. Leave Your BigFoot Here. And Enjoy The Song! ;D

+FOLLOW | DASHBOARD

Entries
About
Links
Goodies