Possesed!
Friday, April 29, 2011 | 12:27 AM | 0 comments
Semalam seperti biase aku bangun lambat, HAHA! Siap mandi roomate aku ajak makan kat depan UITM kitorang lepak lah kat luar tu sebab roomate aku nak smoke. Smoke kat dalam tak boleh, lagi2 lepas kantoi dengan MT blok. Kesian kat roomate aku sebab kantoi smoke 3 hari lepas, tak pasal2 kene buang rokok yg die baru beli kat dalam longkang.

Berbalik kat tajuk aku ni, tibe2 member aku telefon bgtao ade budak blok kene rasuk. Sebab tak nak ade kaitan, pukul 5 baru kitorang balik blok. Sampai2 jer kat bawah blok, kitorang terdengar suara menjerit2, terkejut kitorang sampai tak jadi nak naik bilik, sebab budak yg kene rasuk tuh budak level kitorang. So kitorang lepak kat bawah blok tuh tunggu keadaan reda sikit. 5 minit lepas tuh member aku yg telefon kitorang tadi, 'Tinie' turun bawah join kitorang, mule lahhh penceritaan si Tinie ni.

Cerita si Tinie, budak yg kene rasuk tuh adalah Bella, budak class A, satu batch dgn kitorang gak. Si Bella ni sebenarnye baru balik dari makan dengan Aiman dan Lala, lepas balik bilik, Bella ni mengadu cakap die panas, so dier g lah mandi, kebetulan mase dier mandi tuh azan Asar berkumandang and dier sorang2 jer kat dlm toilet. Lepas mandi dier masuk bilik macam biase and duduk kat depan almari diam2. Tibe2 jer Bella ni tunduk dan turunkan sumer rambut dier ke depan ala2 cerita hantu JU-ON tuh, lepas tuh boleh pulak dier merangkak naik atas katil then dier lompat turun bawah, lepas tuh dier merangkak lagi dan selongkar almari, lepas tuh si Bella yg dah kene rasuk tuh makan meggi mentah dgn rakus nye.

Si Tinie ni tahu cerita ni sebab dier ade kat situ, Tinie ni lah yg tolong sapu and buang kan meggi yg bersepah time tuh. Punye lahh seram lepas tuh, Gotam pon sampai, Gotam ni ketua pakguard, kenape kitorang panggil dier Gotam?? Shortform bagi "Gorila Hitam" HAHA. Gotam ni dah dilatih untuk handle situasi rasuk ni sume. Tapi gotam pon tak boleh buat ape, dah sejam tapi hantu yg merasuk Bella still tak nak kuar. Macam2 lah hantu tuh maki, semua keluar. Kitorang yg duduk bawah ni pon boleh dgar. Lagi2 suara yg jerit tuh dah pasti bukan suara Bella, seram aku  dengar suara tuh, garau, tak macam suara Bella langsung.

Lepas tuh ustaz pon dtg, lepas kehadiran ustaz ni, makin kuat jeritan Bella, makin menjadi2, tak keruan kitorang yg mendengar ni, lepas 2 jam keadaan mcm dah boleh handle. Bella da tak dirasuk lagi. kitorang pon naik la bilik, petang tuh lepas maghrib, satu level buat bacaan yassin. Harap2 lepas ni perkara mcm ni dah tak berlaku lagi.

Older Post | Newer Post

Hello, Readers! Welcome To My AWESOME Blog. Leave Your BigFoot Here. And Enjoy The Song! ;D

+FOLLOW | DASHBOARD

Entries
About
Links
Goodies