Orang Minyak! Yikes!
Thursday, April 28, 2011 | 11:50 PM | 0 comments

Pergghhh. 2 hari lepas mase aku sapu sampah kat koridor bilik aku, aku tengok budak2 bilik depan kecoh2, aku dengan pelik nyer buat bodoh jela sebab aku tak campur sangat dgn budak2 bilik lain kat dorm ni, siap sapu sampah aku duduk2 la dlm bilik, tibe2 budak bilik depan tegur kitorang satu bilik, dier ckap "weyhh, korang ade dgr cite takk?? Ade budak kat dorm lain dah kene rogol, better malam ni korang tidur kunci pintu, orang kate orang minyak yg buat."

Wahhhh! Tak keruan lahh kitorang lepas dengar cite tuhhh. Mane tak nyer, akhir semester macam ni dah banyak budak yg dah balik rumah, just tinggal beberape kerat jer yg belum habis final paper, so kebanyakan dorm dah kosong. Malam tuh memg kitorang tidur dalam keadaan yg berkurung lahh. Habis sume kunci, tingkap pon kitorang tutup.Takut kat orang minyak punye pasal.

Esok pagi nyer gempak pulak dengan cerita kat surat khabar pasal uitm kampus bandaraya ade budak perempuan kene rogol. Pehhh. Memg sadis lahhh. Time period pulak tuhh. Nasib baik lah perogol tuh sempat kene tangkap. Tapi mesti budak perempuan tuh trauma gilerrr! Kitorang kat sini pon masih dibelenggui dgn kes org minyak. Setiap dorm tengah kecoh nak pasang pendinding bagai.

Harap2 kitorang satu bilik ni selamat. Amin.

Orang Minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.

Older Post | Newer Post

Hello, Readers! Welcome To My AWESOME Blog. Leave Your BigFoot Here. And Enjoy The Song! ;D

+FOLLOW | DASHBOARD

Entries
About
Links
Goodies